"Lily's Room"

This is an article collection between June 2007 and December 2018. Sometimes I add some recent articles too.

Where is the “Allah” issue ?

Herald, Nov.14, 2010, Vol.17, No.43, BM7
Ruangan Pembaca
Kata “Allah” sebelum tahun 2010 berakhir

Salam damai Editor,
Tidak lama lagi, tahun 2010 akan berlalu. Bagi umat Kristian, pasti kita tidak akan lupa kejayaan HERALD yang diberikan kebenaran untuk menggunakan kata “Allah”pada Dis 31, 2009.
Sehari selepas pengumuman tersebut, Kerajaan memfailkan pula permohonan untuk penangguhan penggunaan kata“Allah”pada penerbitan Katolik tersebut. Sehingga kini, saya berasa janggal membaca HERALD tanpa kata “Allah”. Tahun 2010 akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi, namun bagaimana dengan kes ini?
Saya amat setuju dengan pendapat bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin yang menulis dengan bijaksana di dalam Mingguan Malaysia pada 27 April 2008 bahawa umat Islam tidak perlu berebut nama “Allah”dengan penganut Katolik. Meraka berhak menamakan Tuhan mereka dengan nama “Allah”kerana dalam al-Quran pun kaum Musyrikin menggunakan nama“Allah”.
Diharapkan sebelum berakhirnya tahun 2010, semoga kata “Allah”kembali digunakan di dalam penerbitan HERALD.
Ethan Edward
Kota Kinabalu

(Tamat)