"Lily's Room"

This is an article collection between June 2007 and December 2018. Sometimes I add some recent articles too.

Term issue: afterwards

1. Utusan Malaysia Online (http://www.utusan.com.my)
(1) Taib Azamudden perjelas penggunaan kalimah Allah, 6 Mac 2009
KUALA LUMPUR 5 Mac - Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa nama Allah berdasarkan kepercayaan (tauhid) orang Islam tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.
Taib Azamudden Mat Taib (Pas-Baling) (gambar) berkata, ini kerana Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.
Taib Azamudden, yang juga bekas Imam Besar Masjid Negara berkata demikian setelah Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta beliau memberi penjelasan mengenai isu penggunaan kalimah Allah, yang agak hangat dibincangkan oleh beberapa anggota Dewan hari ini.
Ahmad Zahid, yang ketika itu menggulung perbahasan usul ucapan terima kasih titah ucapan diraja, kemudian berkata, penjelasan oleh Ahli Parlimen Baling itu selari dengan pegangan kerajaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Terdahulu ketika membincangkan isu itu, Dr. Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) dan Khalid Samad (Pas-Shah Alam) memberi pendapat yang berbeza.
Dr. Dzulkefly dalam hujahnya berkata persoalan mengenai penggunaan perkataan Allah tidak harus timbul kerana telah diakui dalam al-Quran bahawa kalimah Allah turut digunakan oleh bukan Islam.
Khalid pula menyokong pandangan Dzulkefly dengan membaca sepotong lagi ayat al-Quran yang menunjukkan orang bukan Islam mengakui bumi ini diciptakan Allah.
Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) pula mencadangkan supaya satu jawatankuasa ditubuh bagi membincangkan perkara itu untuk mengelakkan salah faham dan emosi.
Sidang Dewan disambung Selasa.(BERNAMA)

(2) KDN batalkan warta 16 Feb., 6 Mac 2009
KUALA LUMPUR 6 Mac . — Kementerian Dalam Negeri hari ini mengeluarkan warta kerajaan berhubung Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Penggunaan Perkataan Tertentu Pada Dokumen dan Penerbitan) 2009 bagi membatalkan warta yang dikeluarkan pada 16 Feb lepas berhubung penggunaan perkataan “Allah” dalam penerbitan bahan agama Kristian.
Menurut kenyataan kementerian itu hari ini, perintah berkenaan berkuatkuasa 2 Mac 2009.
Dengan adanya perintah itu, maka Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Penggunaan Perkataan Tertentu Pada Dokumen dan Penerbitan) 2009 (1/8)P.U.(A)62/2009(3/8) yang disiarkan dalam Warta pada 16 Feb 2009 dibatalkan.
Warta 16 Feb itu yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar menyebut bahawa penerbitan bahan agama Kristian dilarang menggunakan perkataan “Allah” melainkan jika di kulit muka depan penerbitan itu ditulis dengan terang perkataan “UNTUK AGAMA KRISTIAN”. (BERNAMA)

(3) KDN batalkan warta perkataan Allah, 6 Mac 2009
KUALA LUMPUR 6 Mac - Kementerian Dalam Negeri hari ini mengeluarkan warta kerajaan berhubung Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Penggunaan Perkataan Tertentu Pada Dokumen dan Penerbitan) 2009 bagi membatalkan warta yang dikeluarkan pada 16 Februari lepas berhubung penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan bahan agama Kristian.
Menurut kenyataan kementerian itu hari ini, perintah berkenaan berkuatkuasa 2 Mac 2009.
Dengan adanya perintah itu, maka Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Penggunaan Perkataan Tertentu Pada Dokumen dan Penerbitan) 2009 (1/8)P.U.(A)62/2009(3/8) yang disiarkan dalam Warta pada 16 Februari 2009 dibatalkan.
Warta 16 Februari itu yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menyebut, bahawa penerbitan bahan agama Kristian dilarang menggunakan perkataan 'Allah' melainkan jika di kulit muka depan penerbitan itu ditulis dengan terang perkataan 'UNTUK AGAMA KRISTIAN'.(BERNAMA)

2. Union of Catholic Asian News (http://www.ucan.com)

MALAYSIA Campaign against 'Allah' ban launched, 6 March 2009
MK06811.1539
BANGKOK (UCAN) -- A signature campaign is now underway in Malaysia's eastern-most state of Sabah to have the federal government review its ban on the use of the word Allah in Christian worship, songs and publications.
According to local media reports, senior politician Jeffrey Kitingan is leading the campaign by people calling themselves "Concerned Citizens of Sabah." The campaign, which started on March 4, will run until March 29.
Kitingan, who is a Catholic, said copies of a petition, "Appeal to Reconsider the Use of The Word Allah" will be distributed to selected community leaders in Sabah, and to all churches.
In addition, people of all religions are invited to sign the petition online at http://www.petitiononline.com/sabahan/petition.html. As of March 6, more than 800 people had already done so.
The online petition, addressed to Prime Minister Abdullah Badawi, states that "the word 'ALLAH' has always been used by the Christians to refer to 'God' in their publications and preaching without restrictions."
The petition is expected to be presented to the prime minister in April.
On Feb. 28, local media reported Home Minister Syed Hamid Albar saying his ministry earlier made a mistake in allowing the use of Allah in Christian publications. The ministry, on Feb. 16, issued an order that allowed Christians to use the Arabic word for God in their publications, so long as these specified that the publications were not for Muslims.
For the past few years, the Catholic weekly "Herald" has engaged in a dispute with the government on the use of Allah in its section printed in Bahasa Malaysia, the national language. The weekly has sections in four different languages.
The Home Ministry has maintained that Allah refers exclusively to the God of Islam. A judicial review challenging the ban is pending.
According to "Herald," at least 600,000 of Malaysia's nearly 900,000 Catholics are from the eastern states of Sabah and Sarawak, and they communicate mainly in Bahasa Malaysia.
The country presently has about 27.7 million people according to 2008 government estimates. Previous government figures have indicated that about 60 percent are Muslims, 19 percent are Buddhists, 9 percent are Christians and 6 percent are Hindus.
Media reports said Ronnie Klassen, a co-organizer of the signature campaign, expressed confidence the online petition would attract support from the Vatican and the international community.
(End)