"Lily's Room"

This is an article collection between June 2007 and December 2018. Sometimes I add some recent articles too.

Malay Muslim views on “Allah”

1. Asia News.it http://www.asianews.it)
Islamic media campaign against Catholic newspaper, which cannot defend itself, 6 February 2009
The Islamic media are trying to stir up trouble by accusing the newspaper of using the word "Allah" and bringing every evil upon the country. The archbishop of Kuala Lumpur is remaining silent - possibly in order to avoid provoking useless tension - and is waiting for the decision from the High Court. The Church has, in fact, taken the government to court because the ban violates religious freedom as guaranteed by the Constitution.
Kuala Lumpur (AsiaNews) - The Catholic newspaper of the diocese of Kuala Lumpur, the Herald, is undergoing a campaign of insults and criticism because of its use of the word "Allah." The attack is coming from much of the Malaysian press, and in particular from Utusan Malaysia, a national newspaper. Recently, since February 1, Utusan has started publishing an article every day insulting the Catholic newspaper and accusing it of proselytism. It is trying to stir up outrage among the Muslim population over the use of the word "Allah" in reference to the Christian God, and is accusing the publication of wanting to ruin the nation.
Murphy Nicholas Xavier Pakiam, the archbishop of the capital, has published a statement in which he says that the diocese and the newspaper "will not make any comment" about the campaign in the press until "the decision of the High Court which will be made at the appropriate time."
The prohibition of the use of the word "Allah" dates back more than a year, and the Herald even risked being shut down if it did not comply with the decision of the Interior Security Ministry, which sees use of the word as a possible source of confusion for Muslims, and of conflict between the two communities.
The diocese has sued the government, and is waiting for a verdict from the High Court because it maintains that the ban is a violation of religious freedom and expression, guaranteed by the Constitution.
According to observers, the media campaign against the Herald is aimed at provoking Christians to create tension and conflict, which would support the stance of the Interior Security Ministry.
Academics and politicians have repeatedly noted that the use of the word "Allah" on the part of Christians dates back to long before Mohammed himself, and that in Indonesia, a neighboring Muslim majority country, Christians have used the word for centuries to refer to the Christian God, without causing any scandal.

2. Malaysia Insider http://www.themalaysianinsider.com
PKR man upset ‘Allah’ can be used in Christian publications, 26 February 2009
By Adib Zalkapli
KUALA LUMPUR, Feb 26 — PKR’s Zulkifli Nordin today questioned the decision made by the Home Ministry in allowing the Catholic weekly The Herald to use the word “Allah” in its publications.
“Have they referred to the related decree? The ministry should not compromise on this matter,” said the Kulim Bandar Baharu MP when asked about the decision.
He told The Malaysian Insider that his opposition to the use of the word “Allah” by non-Muslims were not motivated by theological arguments.
The Home Ministry has allowed Herald to use the word “Allah”, but the publication has to clearly print the words “For Christianity” on its cover.
“We should look at the social context where the word is used by the Malay Muslims in the country, what is the reason behind their insistence on using ‘Allah’,” said Zulkifli.
Earlier in his speech while debating the motion of thanks to the Yang Di-Pertuan Agong, the first term MP express his unhappiness with The Herald’s editor Lawrence Andrew’s statement on the use of the word Allah by the publication.
“I am worried that the word ‘Allah’ was used with the aim to confuse the Muslims,” said Zulkifli referring to leaflets in Malay promoting Christianity which he claimed was distributed in a Malay-majority school in Ampang.“Does God’s name follow the race or language,” said Zulkifli.
He added that the word “Allah” which is also used in the Malay version of the Bible, Al-Kitab would also confuse the Muslims.
“I have no problem with the use of the Malay language, but by using the word ‘Allah’ to refer to God, it made the Muslims unhappy, I have met a lot of them who told me this,” he said in his speech.
Zulkifli has always been consistent in raising issues relating to Islam which often contradicts the common stand agreed to by Pakatan Rakyat leaders.
Last year he led a protest against a closed door forum on Islam, saying that the event organised by the Bar Council was an attempt to question the position of Islam as the religion of the federation.

3. Utusan Malaysia Online (http://www.utusan.com.my)
Kerajaan perlu tarik semula kebenaran guna perkataan 'ALlah' , 28 Februari 2009
KEPALA BATAS 28 Feb. — Kerajaan perlu menarik balik keputusan membenarkan penggunaan perkataan ’Allah’ dalam penerbitan agama Kristian kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam bukan sahaja di negara ini malahan di seluruh dunia.
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad berkata, kerajaan tidak bertindak secara bijak apabila membenarkan penggunaan kalimah itu oleh penerbitan Kristian kerana ia akan menimbulkan kemarahan umat Islam dan boleh membawa kepada tindakan agresif.
Katanya, kerajaan sepatutnya tidak membuat keputusan sedemikian tetapi menyerahkan kepada mana-mana mahkamah yang berkenaan untuk proses rayuan memandangkan perkara itu telah dibawa ke mahkamah oleh pihak penerbitan Herald- The Catholic Weekly.
Kerajaan perlu menanggung risiko kesan daripada keputusan itu iaitu sama ada rakyat bertolak ansur seperti mana yang dilakukan kerajaan atau tidak akan menyokong kerajaan yang ada pada masa akan datang, katanya ketika mengulas laporan akhbar berhubung penggunaan perkataan “Allah” bukan lagi satu larangan seperti yang terkandung dalam warta baru yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri awal tahun ini.
Perintah tersebut berbunyi: “Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan ’Allah’, ’Kaabah’, ’Baitullah’ dan ’Solat’ adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan “Khusus Untuk Penganut Agama Kristian”.
“Pada saya, kerajaan telah melakukan satu kesilapan dan yakin umat Islam di negara ini tidak akan menerimanya kerana pengertian Allah itu adalah berdasarkan kepada tauhid yang berbeza antara Islam dan Kristian dan ini boleh mencetuskan golongan Islam yang ekstrim,” kata Nakhaie kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Halal di Dewan Milenium di sini hari ini.
Mohd Nakhaie, yang juga pengerusi Majlis Amal Islamiah Malaysia berkata, tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan kebenaran itu juga dilihat tidak menyokong usaha memelihara Islam sebagai agama rasmi negara ini.
(BERNAMA)

4. Utusan Malaysia Online (http://www.utusan.com.my)
Dilarang guna Allah , 28 Februari 2009
Oleh HAMDEN RAMLI
KOTA KINABALU 28 Feb. – Pewartaan kebenaran penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama Kristian dibatalkan kerana terdapat kesilapan pada warta tersebut.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, perintah yang diwartakan pada 16 Februari 2009 itu juga bertentangan dengan keputusan kerajaan sebelum ini dan ia dibuat sebelum mahkamah memberikan keputusan.
Sehubungan itu katanya, kementerian membatalkan pewartaan tersebut dan memperbetulkan segera kesilapan berkenaan.
“Dalam perkara larangan penggunaan nama Allah itu, kita tidak akan mengatasi keputusan kerajaan yang tidak membenarkan penggunaan nama Allah oleh agama lain selain Islam dan kita juga tidak akan mendahului keputusan mahkamah.
Saya mengaku berlaku kesilapan dalam pewartaan larangan penggunaan nama Allah itu dan kita akan mengambil tindakan untuk membetulkannya,” tegas beliau kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Syed Hamid berkata, kesilapan tersebut berlaku di peringkat ‘penggubalan maksud arahan’.
“Apa yang diberitahu pada saya dan apa yang akhirnya berlaku adalah dua perkara yang berbeza. Oleh itu, berlaku kesilapan dan kesilapan itu membawa implikasi yang amat mendalam,” katanya.
Beliau menambah, keputusan kerajaan sangat jelas bahawa perkataan Allah tidak boleh digunakan oleh agama selain daripada Islam.
Ditanya sama ada ruang untuk membetulkan pewartaan itu, Syed Hamid berkata: “Pewartaan itu dibuat oleh saya. Oleh itu saya akan membatalkan pewartaan tersebut”.
Mengenai tindakan seterusnya, beliau berkata, kementerian akan membetulkan kesilapan tersebut dan seterusnya menunggu keputusan mahkamah.
“Kita sudah membuat keputusan sebelum ini tetapi mereka cabar dengan membawa kes itu ke mahkamah. Sebelum mahkamah buat keputusan, kita tidak akan membuat apa-apa keputusan,” katanya.
Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) semalam diberitahu bahawa penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan berkaitan agama Kristian bukan lagi satu larangan.
Keputusan itu terkandung dalam Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Dalam Penggunaan Perkataan Tertentu dalam Dokumen dan Penerbitan) 2009 yang baru diwartakan oleh Kementerian Dalam Negeri.
Menurut Peguam Kanan Persekutuan, Nizam Zakaria, perintah bertarikh 21 Januari lalu berkuat kuasa serta-merta setelah ia diwartakan pada 16 Februari lalu.
Perintah tersebut berbunyi : “Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan Allah, Kaabah, Baitullah dan Solat adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan ‘Khusus Untuk Penganut Agama Kristian’.
Nizam memberitahu demikian semasa sebutan kes semakan kehakiman (undang-undang) oleh Gereja Katholik terhadap larangan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan Herald - The Catholic Weekly di hadapan Hakim Lau Bee Lan.

5. Utusan Malaysia Online (http://www.utusan.com.my)
Bantah guna perkataan‘Allah’, 28 Februari 2009
Oleh RADZI MD. ZIN, HASNURUL MOHAMED dan ZUHAYATI YAZID(pengarang@utusan.com.my)
KUALA LUMPUR 27 Feb. – Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria terkejut dengan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan berkaitan agama Kristian.
Tokoh Maal Hijrah itu menegaskan Allah bagi umat Islam adalah merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa dan berbeza dengan agama lain.
“Mengapa hendak bertolak-ansur sangat dalam hal ini? Kalau ikut enakmen jabatan agama islam negeri pun memang tidak dibenarkan,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.
Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) hari ini diberitahu bahawa penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan berkaitan agama Kristian bukan lagi satu larangan.
Keputusan itu terkandung dalam Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Dalam Penggunaan Perkataan Tertentu dalam Dokumen dan Penerbitan) 2009 yang baru diwartakan oleh KDN.
Menurut Peguam Kanan Persekutuan, Nizam Zakaria, perintah bertarikh 21 Januari lalu berkuat kuasa serta-merta setelah ia diwartakan pada 16 Februari lalu.
Perintah tersebut berbunyi: ‘‘Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan ‘Allah’, ‘Kaabah’, ‘Baitullah’ dan ‘Solat’ adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan “Khusus Untuk Penganut Agama Kristian’’.
Sementara itu, Persatuan Peguam Syarie Malaysia hari ini mendesak kerajaan membatalkan semula pewartaan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan berkaitan agama Kristian.
Presidennya, Zainul Rijal Abu Bakar berkata, langkah pewartaan tersebut mampu mencetuskan kegelisahan di kalangan orang Islam.
“Keputusan itu juga dilihat melanggar arahan Jemaah Menteri yang dibuat pada 19 Mei 1986,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Zainul Rijal memberitahu, mahkamah sepatutnya tidak membenarkan penggunaan kalimah tersebut bagi digunakan oleh orang bukan Islam, tambahan lagi 10 buah negeri telah menggubal undang-undang kawalan pengembangan agama bukan Islam di kalangan orang Islam.
Enakmen tersebut memperuntukkan adalah menjadi kesalahan menggunakan kalimah tersebut untuk kegunaan orang bukan Islam.
Dalam perkembangan sama, Zainul Rijal memberitahu, mahkamah tidak sepatutnya mengatasi keputusan Jemaah Menteri dan undang-undang yang diperkenankan oleh raja Melayu.
“Hal ini seolah-olah ingkar dengan titah perintah raja yang melibatkan hal ehwal agama Islam,” katanya.
Di PULAU PINANG pula, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya terkejut dengan keputusan KDN membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh penerbitan agama Kristian.
Beliau, yang bimbang dengan perkembangan itu, menggesa KDN membuat penelitian sedalam-dalamnya berhubung perkara itu kerana ia menyentuh sensitiviti agama suci itu dan umat Islam di negara ini.
“Bagi saya ini amat bahaya kerana ia boleh mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat terutama yang beragama Islam.
“Dalam kes penerbitan Herald – The Catholic Weekly, perkara tersebut masih menjadi perdebatan. Kenapa warta ini boleh dikeluarkan?’’ soalnya.
Lebih menghairankan Shabudin, mengapa isu itu dibangkitkan pada masa sekarang walaupun agama Islam sudah diangkat sebagai agama rasmi.

6. Berita Harian Online (http://www.bharian.com.my)
Penerbitan Kristian dikena syarat untuk cetak nama Allah, 28 Februari 2009
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) semalam diberitahu penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan khusus untuk agama Kristian adalah dilarang kecuali jika di kulit muka depan dokumen dan penerbitan itu ditulis perkataan 'Untuk Agama Kristian'.
Peguam Kanan Persekutuan, Nizam Zakaria yang mewakili Pejabat Peguam Negara berkata Menteri Dalam Negeri, selaku responden dalam semakan kehakiman dikemukakan Titular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur sudah mengeluarkan perintah bertarikh 21 Januari lalu mengenainya.
Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Penggunaan Perkataan Tertentu Pada Dokumen dan Penerbitan) 2009 itu menyebut: ‘percetakan, penerbitan, penjualan, pengedaran dan pemilikan apa-apa dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan Allah, Kaabah, Baitullah dan solat adalah dilarang, kecuali di kulit muka depan penerbitan itu ditulis ‘Untuk Agama Kristian’.
Nizam berkata, perintah itu yang diwartakan pada 16 Februari lalu, membenarkan penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan Herald-The Catholic Weekly mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan perintah itu efektif serta-merta.
Berikutan itu, peguam Porres Royan, yang mewakili pemohon, memaklumkan mahkamah pihaknya akan merujuk perkara itu kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuat perbincangan berhubung implikasi perintah itu.
“Permohonan kami sebelum ini dibuat mengikut Akta Percetakan dan Penerbitan 1984. Jadi kami perlu meneliti perintah dikeluarkan Menteri Dalam Negeri, sama ada ia boleh dibatalkan dan implikasinya.
“Jika kami berpuas hati dan selesa, mungkin perkara ini tidak perlu didengar lagi. Kami akan memaklumkan mahkamah jika sebarang penyelesaian diperoleh kerana masih terlalu awal untuk membuat keputusan,” katanya.
Porres juga memohon mahkamah memberikan tempoh dua atau tiga bulan untuk pemohon dan responden, sebelum menetapkan tarikh perbicaraan bagi semakan kehakiman itu.
Beliau berkata, pihaknya juga akan meneruskan permohonan bagi mengetepikan perintah kebenaran untuk mencelah oleh tujuh Majlis Agama Islam Negeri dan satu persatuan, yang turut dinamakan sebagai responden.
Tujuh Majlis Agama Islam Negeri itu adalah Majlis Agama Islam Terengganu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Selangor, Majlis Agama Islam Kedah, Majlis Agama Islam Johor dan Majlis Agama Islam Melaka serta Pertubuhan Cina Islam Malaysia (Macma).
Hakim Lau Bee Lan kemudian menetapkan 28 Mei ini untuk mendengar permohonan semakan kehakiman, permohonan mengetepikan perintah kebenaran untuk mencelah dan permohonan Majlis Gurdwaras Malaysia untuk turut menjadi pencelah.
Lau juga menetapkan 7 Julai untuk mendengar permohonan tujuh majlis agama Islam negeri dan Macma, untuk merujuk kes itu ke Mahkamah Persekutuan berhubung persoalan perlembagaan.

7. Berita Harian Online (http://www.bharian.com.my)
'Allah' hanya untuk Islam, 1 Mac 2009/4 Rabiulawal 1430
Oleh Hassan Omar(bhnews@bharian.com.my)
KDN kuatkuasa larangan sehingga Mahkamah Tinggi buat keputusan
KOTA KINABALU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan serta-merta pewartaan perintah yang membenarkan penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan agama Kristian.
Berikutan itu, Herald-The Catholic Weekly dilarang menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya, sehingga keputusan mengenainya dibuat Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, mengakui ada kesilapan dalam penggubalan perintah bertarikh 21 Januari yang diwartakan pada 16 Februari lalu itu, hingga menimbulkan kekeliruan.
Beliau berkata, perintah itu seolah-olah memberi gambaran kerajaan membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan Herald-The Catholic Weekly sedangkan keputusan sudah dibuat melarang perkataan itu digunakan dalam penerbitan berkenaan.
Akhbar semalam melaporkan, Peguam Kanan Persekutuan, Nizam Zakaria yang mewakili Pejabat Peguam Negara berkata, Mahkamah Tinggi diberitahu, penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan khusus untuk agama Kristian adalah dilarang kecuali jika di kulit muka depan dokumen dan penerbitan itu ditulis perkataan 'Untuk Agama Kristian.'
Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Penggunaan Perkataan Tertentu Pada Dokumen dan Penerbitan) 2009 itu menyebut: 'percetakan, penerbitan, penjualan, pengedaran dan pemilikan apa-apa dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan Allah, Kaabah, Baitullah dan solat adalah dilarang, kecuali di kulit muka depan penerbitan itu ditulis 'Untuk Agama Kristian.'
Perintah yang membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan Herald-The Catholic Weekly mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri dan berkuat kuasa serta-merta itu mendapat bantahan pelbagai pihak.
Pada sidang media di Hotel Sutera Pacific, di sini semalam, Syed Hamid berkata: "Saya mengakui ada kesilapan dalam penggubalannya (perintah berkenaan). Penggubalan itu mengatakan boleh sedangkan ada larangan.
"Pewartaan itu memberi gambaran seolah-olah perkataan itu boleh digunakan sedangkan ia belum dirumuskan dan tidak ada perubahan keputusan yang pernah dibuat sebelum ini. Saya mengambil ketetapan ia perlu diperbetulkan kerana jika tidak, warta itu melahirkan kekeliruan."
Serentak penarikan balik perintah pewartaan itu, KDN juga melarang Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Kaabah, Baitullah dan solat.
"Kita ada perintah awal yang tidak membenarkan penerbitan lain selain agama Islam menggunakan perkataan Allah, Baitullah, Kaabah dan solat. Ini bukan bertujuan menyekat pengamalan mana-mana agama tetapi untuk mengelakkan kekeliruan," katanya.
Sehubungan itu, katanya, pihak terbabit perlu menunggu keputusan Mahkamah Tinggi mengenai semakan kehakiman kes berkenaan yang dikemukakan Titular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur.

8. Berita Harian Online (http://www.bharian.com.my)
Kerajaan tarik balik kebenaran guna kalimah Allah: Syed Hamid, 1 Mac 2009/4 Rabiulawal 1430
KOTA KINABALU: Kerajaan akan menarik balik pewartaan perintah yang membenarkan penggunaan kalimah "Allah" dalam penerbitan Herald-The Catholic Weekly kerana penggubalan peritah itu yang diwartakan pada 16 Februari lalu, silap.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, menegaskan akibat kesilapan itu, ia memberi gambaran seolah-olah kerajaan membenarkan penggunaan kalimah "Allah" dalam penerbitan itu sedangkan kementerian sudah membuat keputusan melarang perkataan itu digunakan dalam penerbitan berkenaan.
Sambil mengakui kesilapan yang dibuat kementerian itu ketika membuat perintah itu, Syed Hamid menjelaskan tiada pihak bukan Islam yang dibenarkan menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.

9. Bernama.com (http://www.bernama.com)
More Oppose Christians Can Use Word 'Allah', 1 March 2009
KUALA LUMPUR, Feb 28 (Bernama) -- PAS has opposed the Home Ministry's permission for the conditional use of the word "Allah" in Christian publications.
PAS deputy spiritual leader Datuk Haron Din questioned whether the ministry could ensure that the publications would not be distributed to Muslims.
"If the word is purportedly used to hoodwink the people by inferring that the word 'Allah' (in Islam and Christian) is the same, then it could create more confusion," he said.
Haron, who is Universiti Malaya's Islamic Studies Department former lecturer the people had accepted that the word 'Allah' confined to Islam.
A government gazette dated Feb 16 has stated that documents and publications relating to Christianity containing the world "Allah" are prohibited unless the words "FOR CHRISTIANITY" are written on their front covers.
The condition was contained under the Internal Security (Prohibition on Use of Specific Words on Document and Publication) Order 2009.
Malaysian Youth Council (MYC) secretary-general Tajuddin Ahmad said the association opposed the decision as it allowed non-Muslims to refer to Allah as their God.
He said the decision was tantamount to meddling into the affairs of the national and state fatwa councils which were entrusted to safeguard Islam.
"The ministry should consult the councils on the decision. Should the councils feel that the decision should be withdrawn, the ministry should do likewise.
"Matters pertaining to religion should not be treated lightly to appease a section of the society," he said, adding that the decision had hurt Muslims.
(BERNAMA)
(End)