"Lily's Room"

This is an article collection between June 2007 and December 2018. Sometimes I add some recent articles too.

Response to the term issue (3)

Herald” (11 November 2007, Vol.14, No.44)
‘Ruangan pembaca’ (p.19)

‘Kita tidak ‘layak’ guna perkataan Allah?’ oleh Calixtus Felix, Shah Alam

Salam damai Editor,

Syabas kerana menyiarkan “Mencipta Kontroversi yang sebenarnya tiada!”
Sesungguhnya apa yang ditulis oleh Editor amatlah bertepatan sekali. Banyak lagi isu di Malaysia ini yang harus diperhatikan, bukannya lagu ‘rasa sayang’ sahaja.
Rasanya isu seperti “pihak polis kurang baju kalis peluru”, isu “beg sekolah murid yang berat” dan “isu penggunaan Bahasa Inggris di sekolah” lebih kontroversi dan harus diberi perhatian,
Memang, saya amat terkilan juga, bila kita dilarang menggunakan perkataan ‘Allah’. Seakan-akan, ‘Allah’ itu hanya golongan tertentu sahaja yang boleh gunakan dan seolah-olah kita ini golongan pendosa, tidak layak menyebut nama ‘Allah’.
Perdana Menteri dan semua pagawai-pegawai tinggi kerajaan seringkali menyebut agar mementingkan perpaduan, tetapi malangnya, perkata seperti dilarang menggunakan perkataan ‘Allah’ mencetuskan perasaan kurang senang.
Apa perasaan golongan ini bila perkataan yang dipinjam seperti “puasa”, “dosa” dan lain-lain lagi tidak dibenarkan oleh pemilik bahasa tersebut?
(Tamat)