"Lily's Room"

This is an article collection between June 2007 and December 2018. Sometimes I add some recent articles too.

Malaysia is ‘Negara Islam’

Malaysia will be planning to hold a national celebration of the 50th Anniversary of Merdeka(Independence) on 31 August 2007.
Economically, she has advanced much more than expected, but the national identity seems to be still in question. I reproduce here one of the articles I found in the Malaysiakini.com yesterday.(Lily)

‘In his own words: PM on Islamic state’ 28 August 2007

As Parliament resumed its sittings yesterday after breaking for more than one month, Opposition Leader Lim Kit Siang threw in what he considered a very simple and straightforward question. He wanted to know from Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi whether on the occasion of 50th Merdeka anniversary, the cabinet will reaffirm the Merdeka social contract and Malaysia Agreement that Malaysia is a secular state with Islam as the official religion but not an Islamic state.

The question was placed No 24 out of 28 questions - no chance whatsoever to get answered during the 90-minute question session which saw only the first 10 questions answered, he wrote in his blog. It is normal that for questions not dealt with during the 90-minute question-and-answer period are later provided with written answers. According to Lim, in his written answer to his Islamic state question, the prime minister has broken ranks with his first three predecessors. Lim added that the prime minister has now come out into the public to give support to his deputy, Najib Abdul Razak, who said that Malaysia was an Islamic state last month.

Malaysia is an Islamic state which is administered based on the principles of Islam and at the same time adheres to the principles of parliamentary democracy guided by the highest law of the land - the Federal Constitution, said Abdullah. However, Abdullah could have meant that Malaysia was an "Islamic country" as his statement was in Bahasa Malaysia and "negara Islam" could mean either 'Islamic state' or 'Islamic country'. The difference between the two terms is significant - 'Islamic country' merely states the fact that the majority of the people living in Malaysia are Muslims, while 'Islamic state' means that, among others, that all laws in the nation are based on Islamic principles.

The following is the question and answer on the matter in full:

Tuan Lim Kit Siang (Ipoh Timur) minta Perdana Menteri menyatakan sempena Ulang Tahun Kemerdekaan Ke 50, adakah Kabinet akan berikrar semula kontrak sosial merdeka dan Perjanjian Malaysia bahawa Malaysia ialah sebuah negara sekular dengan Islam sebagai agama rasmi dan bukan sebuah negara Islam (Islamic State).

Perdana Menteri: Semakin dekat kita menghampiri ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 50, semakin kerap kita mendengar pihak Pembangkang mempersoalkan isu seperti kontrak sosial dan status Malaysia sebagai sebuah negara Islam ataupun sekular. Walaupun telah beberapa kali penjelasan saya berikan, namun isu ini tetap dibangkitkan, sehingga menyebabkan saya membuat kesimpulan, bahawa ianya sengaja dipanjangkang untuk kepentingan politik pihak Pembangkang. Oleh itu, saya berdiri di Dewan yang mulia pada hari ini untuk menjawab isu ini dengan sejelas-jelasnya, agar isu ini tidak dipanjangkan sehingga menimbulkan ketidakselesaan di kalangan penduduk pelbagai kaum di Malaysia.
Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, Malaysia bukanlah sebuah negara sekular ataupun negara teokratik. Malaysia adalah sebuah negara Islam, yang ditadbir berlandaskan prinsip-prinsip Islam, dan pada masa yang sama, berpegang teguh kepada prinsip-prinsip demokrasi berparlimen yang berpandukan kepada undang-undang tertinggi negara, iaitu Perlembagaan Persekutuan.
Prinsip Islam yang saya maksudkan di sini dapat dilihat melalui pendekatan Islam Hadhari yang telah saya perkenalkan. Di bawah pendekatan Islam Hadhari, kerajaan memberi penekanan kepada pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, kesihatan dan fizikal.
Pendekatan Islam Hadhari adalah satu panduan kepada Kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawabnya dengan adil dan saksama kepada semua rakyat Malaysia. Pendekatan Islam Hadhari ini juga memenuhi keperluan untuk mengekalkan keharmonian di kalangan penduduk yang berbilang kaum dan berbilang agama di negara kita ini.
Pemakaian pendekatan Islam Hadhari, bagaimanapun, tidak bermakna kita adalah sebuah negara teokratik. Kerajaan yang saya pimpin adalah sebuah kerajaan yang berasaskan kepada prinsip demokrasi berparlimen dan bertanggungjawab kepada Parlimen. Pada masa yang sama, Kabinet terdiri dari menteri-menteri yang beragama Islam, Buddha, Hindu, Kristian dan lain-lain, sama-sama bermuafakat membincang dan menghasilkan dasar-dasar pembangunan negara.
Kerajaan sentiasa memberi perhatian dan menjaga kepentingan rakyat, termasuk memastikan setiap seorang penganut agama bebas untuk mengamalkan ajarannya sendiri. Semua pihak mendapat bantuan daripada Kerajaan sama ada masjid, surau, kuil atau gereja. Pembangunan negara telah dilaksanakan dengan adil, tanpa menindas mana-mana kaum atau agama. Sebenarnya, inilah juga yang dimaksudkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri ketika beliau menyatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam.
Cara pemerintahan sebeginilah yang telah dipakai oleh Kerajaan Malaysia selama lebih 50 tahun lamanya. Formula unik ini telahpun diuji dengan jayanya dan saya tidak nampak kenapa Kerajaan yang dibentuk seperti ini tidak boleh diteruskan pada masa hadapan. Saya juga menolak hujah bahawa ia adalah bertentangan dengan kontrak sosial yang telah dirunding sesama pemimpin kita dahulu.
Kita perlu mengingati bahawa Perlembagaan Persekutuan telah berjaya digubal atas sikap tolak ansur dan kerjasama yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga kaum terbesar di negara ini sewaktu menuntut kemerdekaan, dan ianya mengandungi artikel yang mengambil kira keperluan pelbagai kaum untuk hidup dengan aman-damai.
Contohnya, walaupun agama Islam menjadi agama rasmi Persekutuan, penganut agama-agama lain adalah bebas mengamalkan agama masing-masing. Pemakaian prinsip-prinsip Islam dalam pentadbiran negara, seperti yang telah saya nyatakan tadi, tidak sesekali mengubah kontrak sosial atau asas Perlembagaan kita.
Kerajaan sememangnya memberikan ruang kepada pelbagai pihak untuk bersuara. Namun amat salah sekali sekiranya ada pihak yang menyangka bahawa ruang tersebut tiada batasnya. Bukannya menjadi maksud Kerajaan untuk menyekat kebebasan menyuarakan pendapat, tetapi sebarang perbuatan atau kata-kata yang boleh membangkitkan emosi atau perasaan marah antara kaum di Malaysia sememangnya melampaui kebebasan yang dibenarkan.
Kita mesti sedar bahawa terlalu banyak yang dipertaruhkan di sini ・kestabilan ekonomi, politik dan sosial semuanya akan musnah sekiranya sensitiviti keagamaan atau perkauman tidak diambilkira. Oleh itu, Kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dan menyalahgunakan kebebasan bersuara yang telah diberikan.
Sempena kita menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-50 ini, saya menyeru agar kita semua memperbaharui semangat cintakan negara dan bukannya mencari ruang untuk mempolitikkan sesuatu yang telah diterima pakai dari dahulu lagi. Kita mesti mendahulukan keperluan menyatupadukan rakyat, dan bukannya menimbulkan isu yang hanya menimbulkan ketegangan sesama kita.
(End)