"Lily's Room"

This is an article collection between June 2007 and December 2018. Sometimes I add some recent articles too.

“Allah” issue again and again

1.Straits Times Online (http://www.straitstimes.com)
Clash over use of‘Allah' , 2 February 2009
KUALA LUMPUR: Two Malaysian Cabinet members are at odds over the use of the word 'Allah' by a Catholic publication.
The issue is now before the High Court with the Catholic Church seeking a ruling on the right to continue using the word.
Tan Sri Bernard Dompok, leader of the Upko political party in Sabah and Minister in the Prime Minister's Department, said the terminology is widely used in Indonesia and also in Arab countries by Christians.
'So it is a universal terminology used in the Christian world when they are praying in their vernacular language. There is no reason for the Home Ministry to continue harassing the Catholic Herald,' The Malaysian Insider reported him as saying.
His Cabinet colleague, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, hit back at him last Saturday when he told Mingguan Malaysia: 'There are some non-Muslim leaders who are asking that permission be granted so that the word 'Allah' can be used, using Indonesia as an example.
'This is Malaysia. Do not equate us with another country. We are an Islamic country as stated in the Constitution,' he said, adding that there was a hidden agenda to use the word 'Allah' in the Herald, the Catholic publication.
In raising this issue, Mr Ahmad Zahid said a small group of non-Muslim leaders was trying to question the position of Islam in Malaysia.
Islam is the official religion under the Federal Constitution while the right of non-Muslims to worship is also protected.
'Don't play with fire and challenge the Muslims. We are willing to do anything to protect our religion,' he warned.
Muslims have long feared that Christian groups are bent on preaching and converting followers of Islam. They see the use of the word 'Allah' as a subtle way of spreading Christianity to Muslims - a charge church leaders have dismissed.
The 'Allah' issue could have an impact on a by-election in Pensiangan, Sabah, which is likely to be called when a court rules on election irregularities soon.
Mr Dompok represents the Kadazandusun community in Sabah, many of whom are Christians.

2. Utusan Malaysia Online (http://www.utusan.com.my)
(1) Nikmati anugerah kebebasan beragama dengan kesyukuran, 30 Januari 2009
Oleh MOHD. ALI MUHAMAD DON
SAMBUTAN perayaan pelbagai agama di Malaysia adalah antara nikmat kebebasan beragama yang mesti dihayati sepenuhnya oleh semua kaum. Setiap orang bertanggungjawab memelihara anugerah ini dengan sebaik mungkin.
Perbuatan sesetengah pihak mencampuri urusan agama lain boleh menimbulkan ketegangan kaum yang mengakibatkan perbalahan berpanjangan dan merugikan negara.
Hak kebebasan beragama telah lama dipraktikkan dalam Islam. Bahkan menjadi antara asas utama pembinaan tamadun Islam Madinah.
Fasal 16 Perlembagaan Madinah menyebut: "Bahawa kaum Yahudi dari Bani Auf adalah satu umat bersama-sama orang mukmin. Bagi mereka kebebasan menganut agama mereka dan orang Islam dengan agama mereka. Begitu juga orang yang berada di bawah mereka dan diri mereka sendiri, melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan diri dan keluarganya."
Melalui ketetapan itu, masyarakat majmuk Madinah iaitu orang Islam, Yahudi dan lain-lain bebas mengamalkan ajaran agama mereka, termasuk menyambut perayaan tanpa diganggu.
Selain itu, rumah-rumah ibadat mereka juga dipelihara daripada sebarang bentuk pencerobohan sebagai manifestasi kebebasan beragama yang dipraktikkan oleh Islam.
Situasi yang sama turut dirakam dalam lipatan sejarah kegemilangan umat Islam di Andalus atau Sepanyol Islam. Penganut Yahudi dan Kristian Eropah diberi kebebasan melaksanakan ajaran agama mereka. Malah seorang hakim bergelar Qadi al-Ajam juga dilantik bagi menyelesaikan segala permasalahan.
Di Malaysia, kebebasan beragama merupakan perkara yang dipraktikkan sejak merdeka. Keharmonian masyarakat pelbagai kaum yang dikecapi hari ini adalah implikasi daripada kesatuan bangsa Malaysia.
Oleh itu, sebarang usaha merosakkan keharmonian tersebut mesti dicegah dari awal agar tidak menjadi api dalam sekam.
Ketetapan ini boleh dilihat dalam Perkara (11) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut: Setiap orang berhak menganut dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada fasal (4) dalam mengembangkan agamanya.
Selanjutnya dalam Perkara 3 dinyatakan pula agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
Maka seharusnya tiada pihak mengambil kesempatan untuk memporak-perandakan keadaan ini.
Tindakan Herald Catholic menggunakan nama Allah dalam akhbar mingguan mereka boleh dianggap keterlaluan. Ia menimbulkan ketidakpuasan hati masyarakat Islam.
Rakyat negara ini seharusnya memanfaatkan kebebasan beragama sebaik mungkin selari dengan usaha kerajaan mewujudkan Malaysia maju menjelang 2020.
Sejarah dunia membuktikan bagaimana konflik agama yang tidak ditangani dengan berhemah akan mengundang pertumpahan darah dan merosakkan integrasi kaum dan budaya.
Peristiwa Masjid Babri di India yang dirobohkan oleh pelampau Hindu pada 6 Disember 1992 adalah contoh terbaik.
Kesannya lebih 2,000 penduduk di India dan Pakistan terbunuh dalam pergaduhan yang tercetus oleh konflik agama itu.
Bagi mengelak kejadian seperti itu berlaku di sini, semua pihak mesti mematuhi prinsip kebebasan beragama. Prinsip ini hendaklah menjadi kayu ukur kepada sikap toleransi agama.
Selain itu, sikap melampaui batas, taksub dan fanatik perlu dihindari. Ketiga-tiga sikap buruk ini jika dibiarkan akan mengundang perbalahan, konflik dan pertumpahan darah.
Amalan berdialog boleh dipraktikkan bagi merapatkan jurang perbezaan pendapat yang lahir daripada latar belakang agama, budaya dan bangsa.
Budaya ziarah-menziarahi antara satu sama lain yang menjadi simbol penyatuan budaya berbagai kaum perlu diteruskan khususnya oleh generasi muda yang bakal menjadi pewaris tamadun Malaysia.
・PENULIS ialah Pensyarah Kanan, Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, UiTM Kampus Bandaraya, Johor Bahru
(2) Jangan cabar Islam , 31 Januari 2009
Oleh Shamsiah Zulkafli(shamsiah.zulkafli@utusan.com.my)
KUALA LUMPUR 31 Jan. – Jangan cabar kesucian Islam. Jangan bangkitkan kemarahan umat Islam.
Peringatan dan amaran keras Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi itu ditujukan kepada pemimpin tertentu bukan Islam yang terus menimbulkan isu menyentuh kesucian Islam di negara ini.
Sambil merujuk kepada isu akhbar mingguan Herald Catholic yang mencetuskan kemarahan masyarakat Islam kerana menggunakan perkataan Allah dalam edisi terbitan bahasa Melayunya, Ahmad Zahid menegaskan bahawa perkara itu sepatutnya tidak timbul sekiranya semua pihak prihatin dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.
‘‘Ada pemimpin bukan Islam yang minta kebenaran supaya perkataan Allah digunakan dalam akhbar itu dengan alasan mengambil contoh Indonesia yang lebih bebas dalam isu agama.
‘‘Ini Malaysia, jangan samakan dengan negara lain, kita adalah sebuah negara Islam seperti termaktub dalam perlembagaan. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung,” tegasnya pada majlis pelancaran Yayasan Generasi Gemilang (Y2G) di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
Pada 24 Januari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok merayu Kementerian Dalam Negeri membenarkan Herald Catholic menggunakan tulisan Allah dalam edisi terbitan bahasa Melayu sehingga mahkamah membuat keputusan.
Kata Dompok, perkara itu telah dibawa ke mahkamah dan semua pihak harus membiarkan sistem keadilan negara menentukan sama ada Herald Catholic harus berhenti menggunakan perkataan Allah atau sebaliknya.
Menurut Ahmad Zahid, cubaan untuk menggantikan perkataan Tuhan dengan Allah dalam penerbitan akhbar agama mereka bukan sahaja menyalahi Perlembagaan Persekutuan, malah tindakan itu seperti mempunyai agenda tertentu.
“Apa tujuan mereka? Sejak dulu lagi, sudah termaktub dalam undang-undang mereka tak boleh berbuat demikian,” tegasnya.
Menurut Ahmad Zahid, perbuatan segelintir pemimpin bukan Islam yang sengaja membangkitkan isu itu seolah-olah cuba mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini.
Pada masa yang sama, Ahmad Zahid menegaskan, penganut agama lain di negara ini juga dilarang menyampaikan dakyah agama mereka kepada umat Islam di negara ini.
‘‘Masyarakat bukan Islam perlulah hormati keputusan ini kerana ia tertakluk dalam Perlembagaan Malaysia,” katanya.
Ahmad Zahid menegaskan, sekiranya kesucian Islam terus dicabar, masyarakat Islam di negara ini tanpa mengira fahaman politik akan bersatu dalam mempertahankan kesucian agama Islam.
‘‘Jangan cuba bermain api, jangan cabar umat Islam, kita akan lakukan apa sahaja untuk pertahankan agama suci ini,” kata beliau.
Pada masa yang sama, beliau menyeru umat Islam supaya bersatu bagi menangkis pandangan pihak luar yang menganggap masyarakat Islam lemah.
Sementara itu, Wan Mohamad ketika menjawab soalan pemberita mengenai isu Herald Catholic berkata, semua pihak perlu menghormati prosedur undang-undang yang sedang berlangsung tanpa menimbulkan sebarang kenyataan.
‘‘Kes ini sedang berjalan, mereka ini juga bukanlah orang istimewa sehingga boleh mengatasi undang- undang.
‘‘Malah mereka juga terdedah kepada kemungkinan menghina mahkamah jika mengeluarkan sebarang kenyataan,” katanya.
(3) Jangan persenda guna nama Allah, 2 Februari 2009
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan ABDUL YAZID ALIAS(pengarang@utusan.com.my)
KUALA LUMPUR 1 Feb. – Tindakan akhbar Herald Catholic yang menggunakan perkataan Allah dalam edisi terbitan bahasa Melayunya boleh mencetuskan krisis agama paling buruk di negara ini.
Justeru pihak akhbar berkenaan serta seorang menteri bukan Islam digesa lebih menghormati sensitiviti umat Islam dengan menghentikan perbuatan mereka serta-merta iaitu sebelum kesabaran umat Islam di negara ini tercabar.
Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul di Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid berkata, semua pihak harus sedar bahawa isu yang diperjuangkan oleh akhbar tersebut merupakan satu perkara amat sensitif dan umat Islam sedia bangkit mempertahankan kesucian Islam sekiranya keadaan terdesak.
‘‘Hasil penelitian saya, akhbar Herald Catholic sengaja provokasi masyarakat Islam Melayu kita dengan menyentuh perkara paling sensitif. Ia diburukkan lagi dengan tindakan seorang menteri yang tidak menjaga sensitiviti ini.
‘‘Kita sanggup bangkit mempertahankan hak ini dan Allah sendiri mewajibkan kita berjuang sekiranya kesucian Islam dicemari. Jangan sentuh semangat jihad kami,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas peringatan dan amaran keras Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang ditujukan kepada pemimpin tertentu bukan Islam yang terus menimbulkan isu menyentuh kesucian Islam di negara ini.
Sambil merujuk kepada isu akhbar mingguan Herald Catholic yang mencetuskan kemarahan masyarakat Islam kerana menggunakan perkataan Allah dalam edisi terbitan bahasa Melayunya, Ahmad Zahid menegaskan bahawa perkara itu sepatutnya tidak timbul sekiranya semua pihak prihatin dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.
Pada 24 Januari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok merayu Kementerian Dalam Negeri membenarkan Herald Catholic menggunakan tulisan Allah dalam edisi terbitan bahasa Melayu sehingga mahkamah membuat keputusan.
Mahmood Zuhdi berkata, dalam keadaan sekarang kerajaan mahu tidak mahu wajar bertindak segera termasuk menggunakan peruntukan undang-undang paling tegas terhadap syarikat akhbar tersebut bagi mengelakkan berlakunya krisis berkenaan.
‘‘Apa yang mereka lakukan ini boleh menyebabkan krisis (agama) dan sekali gus menjejaskan keselamatan negara. Sudah tentu orang Islam akan bangkit kerana mereka cuba mencemari agama kita yang suci ini,’’ ujarnya.
Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abd. Wahid menyifatkan tindakan Herald Catholic yang menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya sebagai tidak menghormati sensitiviti umat Islam.
Menurut beliau, larangan menggunakan perkataan Allah kepada mana-mana agama lain selain Islam telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sejak bertahun-tahun dahulu.
“Sepatutnya mereka (Herald Catholic) faham perkataan Allah itu tidak harus digunakan kerana perkataan itu adalah khusus kepada agama Islam sahaja dan ia merujuk kepada Tuhan Maha Esa.
“Dalam agama Kristian sendiri, mereka tidak gunakan perkataan Allah, dalam kitab mereka. Sebaliknya, mereka mengunakan perkataan seperti ‘Ilah,’ ‘God,’ ‘Lord’ dan sebagainya bagi merujuk tuhan mereka.
“Namun, tindakan akhbar ini seolah-olah tidak menghormati sensitiviti umat Islam bukan hanya di negara ini semata-mata tetapi seluruh dunia Islam lain,” katanya.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Yusri Mohamad ketika mengulas isu itu mahu kerajaan mengambil tindakan sewajarnya jika Herald Catholic enggan menghentikan penggunaan perkataan Allah dalam akhbarnya.
‘‘Ini merupakan satu perkembangan yang tidak sihat. Mereka sepatutnya tahu batas-batas hak (beragama) berdasarkan peruntukan Perlembagaan yang telah ditetapkan.
‘‘Tambahan pula kes ini masih dalam proses mahkamah. Mereka yang meminta kes ini dibicarakan dan seharusnya mereka lebih menunjukkan rasa hormat,’’ tambahnya.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman pula berkata, tindakan Herald Catholic merupakan tindakan yang akan mencetuskan ketegangan agama.
Menurutnya, tindakan itu menunjukkan betapa ceteknya pemikiran beliau yang seolah-olah mencabar Islam sebagai agama persekutuan.
‘‘Akhbar itu sudah melanggar prinsip rukun negara iaitu kedaulatan undang-undang dan ini menunjukkan beliau gagal untuk menjadi rakyat Malaysia yang baik.
‘‘Kerajaan perlu bertegas dalam hal ini dengan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar itu dan jika perlu gunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),’’ katanya.
Selain itu, Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad berkata, Herald Catholic sudah mempersendakan orang Islam serta kesucian agama Islam.
‘‘Nama Allah bukan sewenang-wenangnya boleh digunakan. Ini kerana Islam merupakan agama yang suci dan tindakan Herald Catholic ini mempersendakan Islam dan beliau perlu diambil tindakan tegas,’’ katannya.
(4)Jangan kelirukan perkataan Allah, 2 Februari 2009
PUTRAJAYA 2 Feb. - Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menentang sebarang penerbitan bahan bacaan agama lain menggunakan perkataan Allah kerana ia boleh mengelirukan masyarakat majmuk di negara ini.
Setiausaha Agungnya, Dr. Mohd. Roslan Mohd. Noor berkata, menterjemahkan perkataan God kepada Allah bagi agama lain tidak sesuai dalam konteks Malaysia yang merujuk Allah sebagai Tuhan Yang Maha Esa.
Beliau menegaskan, PUM telah membuat ketetapan dalam mesyuarat ahli jawatankuasa tertingginya pada 24 Januari tahun lalu bahawa perkataan Allah tidak boleh digunakan oleh agama lain dalam sebarang penerbitan sama ada bahan edaran terhad, buletin atau kitab-kitab terjemahan.
''Setelah menimbangkan maslahah dalam konteks Malaysia, PUM mengambil pendirian bersetuju bahawa perkataan 'Allah' tidak wajar digunakan bagi agama lain selain daripada Islam.
''PUM juga tidak bersetuju bahan bacaan agama lain yang menggunakan perkataan Allah diedarkan kepada masyarakat umum, ini tidak sesuai dalam waqi' (suasana) Malaysia kerana ia boleh mengelirukan orang Islam dan juga bukan Islam '' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas amaran keras Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kelmarin yang ditujukan kepada pemimpin tertentu bukan Islam yang terus menimbulkan isu menyentuh kesucian Islam di negara ini.
Sambil merujuk kepada isu akhbar mingguan Herald Catholic yang mencetuskan kemarahan masyarakat Islam kerana menggunakan perkataan Allah dalam edisi terbitan bahasa Melayunya, Ahmad Zahid menegaskan, perkara itu sepatutnya tidak timbul sekiranya semua pihak prihatin dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.
Pada 24 Januari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok merayu Kementerian Dalam Negeri membenarkan Herald Catholic menggunakan tulisan Allah dalam edisi terbitan bahasa Melayu sehingga mahkamah membuat keputusan.
Mohd. Roslan seterusnya menyatakan secara khusus, perkataan Allah mempunyai partikel 'al' iaitu al-ilah yang dalam bahasa Inggeris, ia merujuk kepada The Only God.
''Justeru adakah orang bukan Islam mempunyai konsep yang sama? Sudah tentu tidak," katanya.
Dalam hal ini, katanya lagi, terdapat ayat al-Quran yang menyebut, ''bila ditanya kepada mereka (yakni bukan Islam) siapakah yang menjadikan langit dan bumi? Lantas mereka menjawab, Allah."
Jelas Mohd. Roslan, meskipun dalam ayat itu, orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah, ia adalah merujuk tentang Allah sebagai tuhan dalam konteks rububiyah (ketuhanan) dan bukannya uluhiyah (keesaan Allah).
Selain itu, jelas beliau, penggunaan perkataan Allah turut disentuh oleh penulis, Marshall G. S. Hodgson dalam bukunya, The Venture of Islam: Conscience and History in a World Civilization bahawa terma 'Allah' disebut oleh bukan Muslim yang berbahasa Inggeris adalah merujuk kepada Tuhan dalam Islam.
''Hodgson menyebut orang Islam menyembah Tuhan bernama Allah yang bukan sekadar Tuhan sebagai pencipta,'' katanya.
(5)Jangan cuba bermain api isu perkataan Allah, 3 Februari 2009
PENGGUNAAN perkataan Allah oleh Herald Catholic bulan lalu disanggah oleh banyak pihak. Ramai yang melihat akhbar mingguan dari Sabah itu sebagai tidak sensitif. Ia dikatakan cuba bermain api.
Sewaktu negara berdepan dengan pelbagai konflik, isu seperti itu boleh menyemarakkan sentimen antara agama.
Maka, amaran oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi perlu diberi perhatian serius. Memang betul kata beliau, jangan cabar kesucian Islam. Jangan bangkitkan kemarahan umat Islam. Perkataan Allah bukan untuk dipersenda dan digunakan sewenang-wenangnya.
Larangan penggunaan perkataan Allah untuk agama lain bukan isu baru. Ia sudah termaktub dalam undang-undang negara. Sebelum ini ia diterima berdasarkan persefahaman agama lain berhubung sensitiviti "Allah" kepada penganut Islam.
Tetapi kini, Herald Catholic cuba menghidupkan semula isu tersebut. Tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok merayu Kementerian Dalam Negeri memberi kelonggaran kepada Herald Catholic pula sekali gus mencetuskan polemik terbaru.
Sebagai menteri yang arif dengan Perlembagaan dan undang-undang negara, Dompok pastinya tahu sejauh mana sensitifnya umat Islam dengan isu tersebut. Beliau tidak sepatutnya menyemarakkan sentimen antara agama.
Jangan samakan Malaysia dengan Indonesia. Dompok dan pemimpin Kristian lain perlu sedar Malaysia sebuah entiti yang sangat berbeza dengan negara jiran itu.
Indonesia dikenali sebagai negara yang serba bebas dalam isu agama. Peraturan di negara itu sangat berlainan berbanding di sini. Di negara itu, unsur liberal melampau sering mengambil tempat. Perkahwinan antara penganut Islam dan penganut agama lain direstui dalam sistem perundangan dan masyarakatnya.
Keadaan itulah yang membezakan Malaysia dan Indonesia.
Jika perkataan Allah dibenarkan dalam terbitan agama lain di sini, ia dikhuatiri akan mengelirukan umat Islam, terutama golongan muda.
Paling dibimbangi, penggunaan perkataan itu juga mempunyai agenda tersembunyi. Kita tidak mahu wujud usaha penyebaran dakyah secara tidak langsung menerusi penggunaan perkataan Allah tersebut.
Sudah cukup serangan daripada pelbagai sudut terhadap umat dan kesucian Islam di negara ini selama ini. Kita tidak mahu wujud lagi provokasi yang boleh menjejas dan mempersendakan agama suci ini.
Malaysia tidak boleh membiarkan apa yang dilakukan oleh penganut Kristian di negara Arab berlaku di sini.
Mereka di sana menggunakan Allah untuk merujuk kepada Isa sebagai anak Allah. Konsep itu sangat mengelirukan jika dibiarkan diguna pakai di negara ini.
Memang ada hujah bahawa penggunaan Allah oleh penganut Kristian sekali gus menunjukkan mereka menidakkan konsep Triniti dalam agama itu. Ini kerana makna Allah merujuk kepada "Tuhan Maha Esa".
Namun kita perlu sedar bahawa pemahaman dan perbandingan itu mungkin boleh diterima di kalangan penganut Islam yang tinggi ilmunya. Apa yang kita bimbang ia akan difahami secara sebaliknya oleh golongan muda dan baru berjinak untuk mendalami Islam.
Kita bimbang akidah terpesong daripada Islam kerana terpesona dengan perkataan Allah dalam agama lain yang akhirnya dianggap sebagai "semua agama adalah sama".
Bagaimanapun untuk tidak menyemarakkan kontroversi dan provokasi, patuhilah apa yang sudah termaktub di dalam undang-undang.
Jangan cuba menangguk di air keruh. Fahamilah sensitiviti agama lain.
Kita sudah pasti tidak mahu tindakan keras seperti Akta Dalam Negeri diguna pakai untuk menyelesaikan isu yang boleh diselesaikan menerusi persefahaman.

(End)